KUALA LUMPUR, 28 April 2026 — Carousell, platform pengiklanan dan perdagangan barang terpakai pelbagai kategori atas talian terkemuka di Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan, hari ini menerbitkan Laporan Trend Penipuan Serantau 2025. Laporan ini mengetengahkan taktik penipuan yang kian berkembang yang diperhatikan di platform tersebut serta langkah-langkah proaktif yang diambil untuk melindungi komunitinya.
Mengimbangi kadar bebas penipuan 99.9% meskipun taktik pancingan data (phishing) berkembang
Baharu dalam edisi kali ini adalah kadar bebas penipuan yang mengukur peratusan transaksi platform yang dilaksanakan tanpa insiden penipuan. Sebanyak 99.96% transaksi di semua pasaran Carousell bebas dari penipuan; Malaysia mencatatkan kadar 99.95%.
| Malaysia | Filipina | Hong Kong | Singapura | Taiwan |
| 99.95% | 99.93% | 99.95% | 99.97% | 99.99% |
Jadual: Pasaran-pasaran utama yang terkandung dalam laporan ini
Selain itu, lebih daripada 93% pengguna aktif di semua pasaran Carousell tidak pernah berhadapan dengan penipu, Malaysia turut mencatatkan prestasi yang kukuh pada kadar hampir 92%. Pencapaian ini adalah hasil usaha kolektif keselamatan platform, kewaspadaan komuniti, dan pendidikan pengguna.
Secara serantau, Carousell telah menggantung lebih 451,000 akaun mencurigakan dan menyemak lebih 520,000 laporan komuniti untuk menyekat penipu daripada terus bertindak dengan pantas. Di Malaysia sahaja, sebanyak 91,000 lebih akaun mencurigakan telah digantung dan lebih daripada 92,000 laporan komuniti telah disemak.
Memandangkan penipuan pancingan data (phishing) merupakan salah satu daripada dua jenis penipuan yang paling lazim. Carousell telah bertindak proaktif dengan menyekat pautan luar, alamat e-mel dan kod QR daripada dihantar dalam Aplikasi Carousell. Selaras dengan trend serantau, Carousell memerhatikan penurunan dalam jumlah pautan dan alamat e-mel yang disekat di Malaysia, manakala jumlah kod QR pula meningkat.
“Peningkatan pintasan kod QR berkemungkinan disebabkan oleh dua faktor: a) penipu menukar taktik kepada kod QR kerana mereka menyedari bahawa pautan dan e-mel tidak lagi boleh dihantar, dan b) peningkatan keupayaan pengesanan kami untuk mengenal pasti dan menyekat cubaan tersebut. Khusus bagi Malaysia, kami juga mendapati penipu pancingan data (phishing) sering meminta pengguna berkomunikasi di luar platform Carousell untuk memintas langkah keselamatan kami,” kata En. Gijs Verheijke, Pengarah Kepercayaan dan Pengalaman Pelanggan, Carousell.
Penipu menjadi lebih kreatif pada 2025
Penipuan e-dagang dan pancingan data (phishing) kekal menjadi jenis penipuan utama. Laporan tersebut mendapati penipu menyesuaikan taktik secara kreatif atau menukar negeri untuk melancarkan penipuan pada tahun 2025. Di Malaysia pula, coraknya sebahagian besar kekal sama dan masih berterusan sehingga kini. Penipu terus meminta alamat e-mel untuk menghantar pautan pembayaran palsu, atau lesap selepas menerima pembayaran tanpa menghantar barang.
Jenis penipuan utama yang diperhatikan adalah:
*Disusun mengikut penipuan utama di Malaysia
- Maklumat Palsu & Gagal Menghantar Barang (Penipuan e-dagang): Penipu menawarkan tawaran menarik untuk produk fesyen atau gaya hidup, namun mereka menghantar barangan yang rosak atau terus lesap selepas bayaran diterima. Ini lazimnya berlaku di Malaysia dan Filipina.
- Luar Platform (Pancingan data atau Phishing): Penipu di Malaysia dan Hong Kong terus memindahkan perbualan ke luar platform untuk memperdaya pengguna dalam transaksi. Di Malaysia, mereka memperdaya pengguna untuk berkongsi alamat emel melalui cara yang terselindung bagi menghantar pautan phishing untuk ‘pengesahan pembayaran’. Penipu di Singapura malah meneka alamat e-mel daripada nama pengguna untuk untuk menghantar e-mel pemancingan data.
- Deposit & Pra-pesanan (Penipuan e-dagang): Penipu mengiklankan barangan permintaan tinggi atau stok terhad, dan memerlukan pembeli membayar deposit atau bayaran penuh terlebih dahulu untuk “menempah” barangan tersebut. Ini amat lazim berlaku di Hong Kong, Taiwan, dan Singapura.
- Barangan Digital & Permainan: Penipu sering menyasarkan pembeli aset digital di mana transaksi sukar untuk dibatalkan. Ini juga merupakan isu yang besar di Hong Kong dan Singapura.
- Bayaran pendahuluan ‘Abono’: Penipu di Filipina memperdaya penjual untuk membayar balik “komisen” daripada bayaran pendahuluan yang berlebihan. Penjual kemudiannya menyedari bahawa alamat penghantaran adalah palsu dan mereka terpaksa menanggung kerugian pendahuluan tersebut.
- Bayaran Balik: Penipu di Taiwan menghantar barangan rosak dan melengah-lengahkan permintaan bayaran balik dengan pelbagai alasan sehingga mereka berhenti memberi respons.
Langkah dipertingkat untuk mengukuhkan keselamatan dan kepercayaan
Apabila penipu sentiasa mengubah taktik, platform juga mesti berubah. Carousell terus meningkatkan perlindungan pelbagai lapisannya, seperti sentiasa menambah baik kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin (ML), dan alatan sains data miliknya untuk mengesan penipuan dan aktiviti mencurigakan secara meluas.
Langkah baharu yang diperkenalkan pada tahun 2025 adalah pengesahan tambahan akaun melalui SMS apabila platform mengesan cubaan log masuk yang mencurigakan. Sebelum ini, hanya OTP melalui e-mel sahaja yang diperlukan.
Keselamatan platform berfungsi paling berkesan apabila pengguna juga kekal waspada. Penipu berjaya apabila mereka dapat mengeksploitasi jurang antara apa yang boleh dikesan oleh platform dan tindakan pengguna. Sebagai contoh, pengguna terus berkongsi nombor telefon walaupun terdapat amaran atau melengkapkan transaksi di luar platform dengan pautan yang tidak dikenali.
Tip ringkas untuk jual beli yang lebih selamat
Sebagai peringatan umum apabila membeli dan menjual di mana-mana platform dalam talian:
- Kekalkan perbualan di dalam platform dan jangan beralih ke aplikasi komunikasi lain.
- Berhati-hati dengan pautan, e-mel atau permintaan pembayaran yang tidak diminta.
- Elakkan berkongsi maklumat peribadi atau kewangan dengan pengguna yang tidak dikenali.
- Gunakan ciri pembayaran platform yang selamat jika ada.
- Berhati-hati dengan tawaran yang kelihatan terlalu menarik untuk menjadi kenyataan.
Lawati support.carousell.com untuk mengetahui lebih banyak tip dan nasihat keselamatan.
===
Tentang Carousell
Carousell adalah sebahagian daripada Carousell Group. Diasaskan pada Ogos 2012 di Singapura, Kumpulan ini mempunyai kehadiran terkemuka di tujuh pasaran di bawah jenama Carousell, Carousell Media Group, Cho Tot, Laku6, LuxLexicon, Mudah.my, OneShift, REFASH dan Revo Financial, yang melayani berpuluh juta pengguna aktif bulanan. Carousell disokong oleh pelabur-pelabur teraju, termasuklah Telenor Group, Rakuten Ventures, Naver, STIC Investments, 500 Global dan Peak XV Partners (dahulunya dikenali sebagai Sequoia Capital India). Muat turun aplikasi untuk iOS atau Android, dan lawat http://www.carousell.com.my untuk maklumat lanjut.
Carousell’s Regional Scam Trends Report 2025 records over 99% scam-free transactions despite evolving scam trends
KUALA LUMPUR, 28 April 2026 — Carousell, the leading multi-category classifieds marketplace across Southeast Asia, Hong Kong and Taiwan, today published its Regional Scam Trends Report 2025, highlighting evolving scam tactics observed on the platform and the proactive measures taken to safeguard its community.
Balancing a 99.9% scam-free rate despite evolving phishing tactics
New to this edition is the scam-free rate which measures the percentage of platform transactions completed without a scam incident. 99.96% transactions across all markets were scam-free; with Malaysia observing a 99.95% rate.
| Malaysia | Hong Kong | Philippines | Singapore | Taiwan |
| 99.95% | 99.95% | 99.93% | 99.97% | 99.99% |
Table: Key markets covered in this report
Complementing this, over 93% active users across all Carousell markets did not encounter a scammer, with Malaysia also performing strongly at nearly 92%. These outcomes are achieved with the collective efforts of platform security, community vigilance, and user education.
Regionally as a whole, Carousell suspended more than 451,000 suspicious accounts and reviewed over 520,000 community reports to swiftly stop scammers from taking further action. Within Malaysia, more than 91,000 suspicious accounts were suspended and over 92,000 community reports were reviewed.
With phishing scams being a common scam type, Carousell had been proactively blocking external links, email addresses and QR codes from being sent in chat. Similar to regional trends, Carousell observed a decline in the volume of links and email addresses blocked in Malaysia, while the amount of QR codes increased.
“The increase in QR code interceptions is likely due to two factors: a) scammers switching tactics to QR codes because they’ve learnt that they cannot send links and emails, and b) enhancement of our detection capabilities to identify and block such attempts. Particularly for Malaysia, we have also observed that phishing scammers often ask users to move conversations to chat apps instead to avoid our security measures,” said Gijs Verheijke, Director of Trust and Customer Experience at Carousell.
Scammers get more creative in 2025
E-commerce and phishing scams continue to be the main scam types, with the report noting that scammers have been creatively adapting tactics or switching regions to deploy scams in 2025. In Malaysia, however, patterns remained largely unchanged and continue to persist today. Scammers continue to request email addresses to send fake payment links, or disappear after receiving payment without delivering items.
The report highlights the following top emerging scam variants observed in 2025:
*Ranked according to top scams in Malaysia
- Misrepresentation & non-delivery (E-commerce): Scammers offer attractive deals on fashion or lifestyle products, but either deliver defective items or disappear after receiving payment. This commonly happens in Malaysia and the Philippines.
- Off-platform (Phishing): Scammers in Malaysia and Hong Kong continue to move conversations off-platform to trick users to transact. In Malaysia, they trick users to share email addresses in obfuscated ways to send phishing links for “payment confirmation”. Meanwhile, scammers in Singapore even guess email addresses from usernames to initiate phishing attempts.
- Deposit & pre-order (E-commerce): Scammers advertise high-demand or limited-availability items, and require buyers to pay a deposit or full payment upfront to “secure” the item. This is especially common in Hong Kong, Taiwan, and Singapore.
- Digital goods & gaming: Scammers often target buyers of digital assets where transactions are difficult to reverse. This is common in Hong Kong and Singapore.
- ‘Abono’ advance pay: Scammers in the Philippines trick sellers into refunding a “commission” from an overpaid advanced payment, only for sellers to realise the delivery address is fake and they must refund the rider’s full advance.
- Refund: Scammers in Taiwan deliver defective items and stall refund requests with repeated excuses until they stop responding.
Enhanced measures to strengthen safety and trust
As scammers continually change their tactics, so must platforms. Carousell continually enhances its multi-layered safeguards, such as regularly refining its proprietary artificial intelligence (AI), machine learning (ML), and data science tools to detect scams and suspicious activity at scale.
A new measure introduced in 2025 is the introduction of additional account reverification via SMS when the platform detects a suspicious login attempt. Previously only email OTP was required.
Platform safeguards work best when users stay vigilant too. Scammers succeed when they can exploit the gap between what a platform can detect and what a user does next; for instance continuing to share phone numbers despite a warning or completing a deal off-platform with an unknown link.
Quick tips for safer buying and selling
As a general reminder when buying and selling on any platform online:
- Keep conversations within the platform instead of moving to messaging apps
- Be cautious of unsolicited links, emails or payment requests
- Avoid sharing personal or financial information with unknown users
- Use secure platform payment features where available
- Watch out for deals that seem too good to be true
Visit support.carousell.com to learn more safety tips and advisories.
===
About Carousell
Carousell is part of Carousell Group. Founded in August 2012 in Singapore, the Group has a leading presence in seven markets under the brands Carousell, Carousell Media Group, Cho Tot, Laku6, LuxLexicon, Mudah.my, OneShift, REFASH and Revo Financial, serving tens of millions of monthly active users. Carousell is backed by leading investors including Telenor Group, Rakuten Ventures, Naver, STIC Investments, 500 Global and Peak XV Partners (formerly known as Sequoia Capital India). Download the app for iOS or Android, and visit http://www.carousell.com.my for more information.