KUALA LUMPUR, 3 March 2025 – As Malaysians gear up for Hari Raya Aidilfitri, a growing number of festive shoppers are redefining fashion—choosing secondhand as a conscious, stylish, and budget-friendly alternative. Carousell, Malaysia’s leading platform for buying and selling secondhand goods, reports a yearly surge in demand for preloved fashion a month before Hari Raya Aidilfitri, with homegrown modest wear brands like Qiszar, Petit Moi and Whimsigirl among the most sought-after. This shift highlights a broader movement towards sustainable and value-driven fashion choices, even during major festivities.
Local designers take center stage in secondhand Raya trends
Carousell’s search data indicates that Malaysian shoppers are increasingly drawn to homegrown designers in the preloved market, underscoring a demand for unique and high-quality pieces.
- Qiszar, Petit Moi, Leeyanarahman, Whimsigirl and Mimpikita—local brands experiencing seasonal search spikes ahead and during Hari Raya over the past three years.
- Early 2025 search demand of local designers shows peaks for Qiszar, Leeyanarahman, Wanzar, Zalia, and Hijabistahub.
- Baju kurung remains one of the most-searched traditional outfits, proving that classic festive wear continues to be a key wardrobe staple. Other popular keywords are “abaya” and “kebaya”.
- Users tend to start searching before Ramadan, with peak search activity during Ramadan itself—early bird catches the best deals as listing prices tend to be higher during Hari Raya.
- Savvy shoppers can find clothes between one-third to half of retail price when choosing secondhand—for instance, Raya clothes from Petit Moi and Qiszar retail for an average of MYR400, but average from as low as MYR100 on Carousell.
“Beyond affordability, secondhand fashion has emerged as a lifestyle choice for many consumers in Malaysia. Raya fashion transactions continue to observe a yearly upward trend of around 20%, especially for local designer brands. With demand picking up earlier and at a higher rate this year, we anticipate even greater growth leading up to Ramadan, positioning Carousell to be a key platform for those looking to buy and sell preloved fashion,” said Mr Lam Kae Vern, Category Manager for Carousell Malaysia.
Beyond fashion: Malaysians are upgrading their lifestyles and celebrating togetherness with secondhand finds
This Hari Raya, Malaysians are turning to secondhand items to refresh their homes and enhance their festive celebrations. From stylish furniture to upgraded electronics, secondhand finds are helping to create meaningful moments and bring families and friends closer.
- Furniture: Keywords like “Ikea” and “sofa” are among the top searches, reflecting seasonal interest in home upgrades. Traditionally, secondhand furniture sees an increase in searches before and during Hari Raya as Malaysians open their homes to host guests.
- Video Gaming: Items such as “PC games”, “PS4”, “3DS” and “Nintendo Switch” are also in demand during the festive season, as friends and family come together to bond and unwind during the break.
- Mobile phones: For many people, Hari Raya marks a significant occasion to refresh their tech, much like upgrading devices at the start of the year or during new phone launches. Keywords like “iPhone”, “iPad” and “Samsung”, particularly flagship models, experience a surge in searches.
Choosing secondhand this Raya
As secondhand shopping gains mainstream popularity, more Malaysians are recognising its benefits beyond just cost savings. Shopping preloved items not only provides access to unique, high-quality pieces that are no longer available in stores, but also supports the circular economy.
Alongside the growing demand for secondhand fashion, more Malaysians are also selling their gently-worn festive outfits, extending their lifespan and reducing fashion waste. By embracing both secondhand shopping and selling, consumers can contribute to a more sustainable fashion culture while celebrating the season meaningfully.
With demand rising around Hari Raya Aidilfitri, now is the best time to sell! List your items at www.carousell.com.my or on the Carousell app.
About Carousell
Carousell is a multi-category classifieds and recommerce marketplace that makes selling as easy as taking a photo, buying as simple as chatting. Carousell is available in Singapore, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, the Philippines and Taiwan. The Carousell marketplace has a diverse range of products across a variety of categories, including Beauty, Electronics, Fashion, Hobbies & Toys, and Sports & Outdoors Equipment. To increase the trust and convenience in buying and selling secondhand, Carousell has launched recommerce programmes such as the Carousell Certified programme that allows users to buy secondhand items that have been inspected, and Sell to Carousell programme that allows users to sell directly to Carousell for instant cash.
Carousell is part of Carousell Group. Founded in August 2012 in Singapore, the Group has a leading presence in seven markets under the brands Carousell, Carousell Media Group, Cho Tot, Laku6, LuxLexicon, Mudah.my, OneShift, REFASH and Revo Financial, serving tens of millions of monthly active users. Carousell is backed by leading investors including Telenor Group, Rakuten Ventures, Naver, STIC Investments, 500 Global and Peak XV Partners (formerly known as Sequoia Capital India).
press@carousell.com
Hari Raya Aidilfitri 2025: rakyat Malaysia pilih fesyen terpakai, pereka tempatan bersinar di Carousell
Pencarian fesyen terpakai meningkat apabila pembeli mencari pilihan lebih berbaloi, bergaya dan lestari.
KUALA LUMPUR, 3 Mac 2025 – Ketika rakyat Malaysia bersiap sedia menyambut Hari Raya Aidilfitri, semakin ramai pembeli memilih fesyen terpakai sebagai pilihan yang bijak, bergaya dan mesra bajet. Carousell, platform utama untuk membeli dan menjual barangan terpakai di Malaysia, melaporkan peningkatan tahunan dalam permintaan untuk fesyen preloved sebulan sebelum Hari Raya Aidilfitri, dengan jenama pakaian Muslimah tempatan seperti Qiszar, Petit Moi dan Whimsigirl menjadi antara label paling dicari. Perubahan ini mencerminkan pergerakan yang lebih luas ke arah pilihan fesyen yang lebih lestari dan bernilai, malah ketika musim perayaan.
Jenama fesyen tempatan menjadi tumpuan dalam trend jual beli fesyen terpakai
Data pencarian Carousell menunjukkan bahawa pembeli Malaysia semakin tertarik kepada pereka tempatan dalam pasaran fesyen terpakai, mencerminkan permintaan terhadap pakaian unik dan berkualiti tinggi.
- Jenama tempatan seperti Qiszar, Petit Moi, Leeyanarahman, Whimsigirl dan Mimpikita—jenama tempatan yang mengalami lonjakan pencarian bermusim sebelum dan semasa Hari Raya dari tahun 2022 hingga 2024
- Permintaan carian awal tahun 2025 menunjukkan peningkatan untuk jenama tempatan seperti Qiszar, Leeyanarahman, Wanzar, Zalia dan Hijabistahub.
- Baju kurung kekal sebagai pakaian tradisional paling banyak dicari, membuktikan bahawa ia masih menjadi pilihan utama untuk sambutan Hari Raya. Kata kunci lain yang popular termasuk “abaya” dan “kebaya”.
- Pengguna mula mencari fesyen raya lebih awal, sebelum Ramadan, dengan aktiviti pencarian tahunan memuncak sepanjang bulan Ramadan—pembeli yang awal berpeluang mendapatkan tawaran terbaik kerana harga senarai biasanya meningkat menjelang Hari Raya.
- Pembeli boleh mendapatkan pakaian pada harga suku hingga separuh daripada harga pasaran apabila memilih pakaian terpakai—contohnya, pakaian Raya dari Petit Moi dan Qiszar yang dijual pada harga runcit purata RM400, boleh didapati serendah RM100 di Carousell.
“Selain faktor harga, fesyen terpakai kini menjadi pilihan gaya hidup bagi ramai pengguna di Malaysia. Transaksi fesyen Raya terus mencatat peningkatan tahunan, terutamanya untuk jenama pereka tempatan. Dengan permintaan yang meningkat lebih awal dan pada kadar yang lebih tinggi tahun ini, kami menjangkakan pertumbuhan yang lebih besar menjelang Ramadan berbanding tahun sebelumnya, menjadikan Carousell sebagai platform utama untuk pengguna yang ingin membeli dan menjual baju preloved,” kata Encik Lam Kae Vern, Pengurus Kategori di Carousell Malaysia.
Selain daripada fesyen: Rakyat Malaysia memperbaharui gaya hidup dan meraikan kebersamaan dengan barangan terpakai
Sempena Hari Raya, rakyat Malaysia turut memilih barangan terpakai untuk menghias rumah dan meningkatkan pengalaman perayaan mereka. Dari perabot bergaya hingga peralatan elektronik, barangan terpakai membantu mencipta momen bermakna dan merapatkan hubungan keluarga serta rakan-rakan.
- Perabot: Kata kunci seperti “Ikea” dan “sofa” berada dalam carian tertinggi, mencerminkan minat bermusim untuk menaik taraf kediaman. Secara tradisional, pencarian perabot terpakai meningkat sebelum dan semasa Hari Raya ketika rakyat Malaysia mengadakan rumah terbuka untuk menerima tetamu.
- Permainan video: Barangan seperti “PC games”, “PS4”, “3DS” dan “Nintendo Switch” juga mendapat permintaan tinggi pada musim perayaan, apabila keluarga dan rakan berkumpul untuk bersantai.
- Telefon bimbit: Bagi ramai orang, Hari Raya adalah waktu penting untuk menaik taraf peranti, sama seperti permulaan tahun baharu atau pelancaran telefon baharu. Kata kunci seperti “iPhone”, “iPad”, dan “Samsung”, terutamanya model utama, mengalami lonjakan pencarian.
Pilih barangan terpakai Raya ini
Dengan pembelian barangan terpakai semakin popular, ramai rakyat Malaysia menyedari manfaatnya yang lebih daripada sekadar penjimatan kos. Membeli barangan terpakai bukan sahaja memberikan peluang untuk mendapatkan item unik dan berkualiti tinggi yang tidak lagi dijual di kedai, tetapi juga memainkan peranan penting dalam mengurangkan pembaziran dengan membuat pilihan yang lebih mesra alam. Raya ini, fesyen terpakai bukan sekadar cara untuk berjimat—ia adalah pilihan moden dan memberi peluang kepada semua pengguna untuk menghargai bakat tempatan serta mengekalkan tradisi bermakna.
Seiring dengan peningkatan permintaan untuk fesyen terpakai, semakin ramai rakyat Malaysia menjual pakaian perayaan yang jarang dipakai, memanjangkan jangka hayatnya dan mengurangkan pembaziran fesyen. Dengan mengamalkan budaya membeli dan menjual barangan terpakai, pengguna bukan sahaja dapat membuat pilihan yang lebih lestari, malah menyumbang kepada komuniti fesyen yang lebih mampan.
Dengan permintaan yang meningkat menjelang Hari Raya, kini masa terbaik untuk menjual! Senaraikan barangan anda di www.carousell.com.my atau di aplikasi Carousell.
Tentang Carousell
Carousell adalah platform pengiklanan dan perdagangan barang terpakai pelbagai kategori atas talian yang memudahkan penjualan dengan hanya mengambil gambar, dan pembelian semudah berbual. Carousell beroperasi di Singapura, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Taiwan. Carousell boleh didapati di Singapura, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, dan Taiwan. Pasaran Carousell mempunyai pelbagai produk dalam kategori seperti Kosmetik, Elektronik, Fesyen, Hobi & Permainan, serta Peralatan Sukan & Rekreasi. Bagi meningkatkan kepercayaan dan kemudahan dalam pembelian dan penjualan barangan terpakai, Carousell telah melancarkan program perdagangan semula (recommerce) seperti Carousell Certified, yang membolehkan pengguna membeli barangan terpakai yang telah diperiksa, dan Sell to Carousell, yang membolehkan pengguna menjual terus kepada Carousell untuk mendapatkan wang tunai serta-merta.
Carousell adalah sebahagian daripada Carousell Group. Diasaskan pada Ogos 2012 di Singapura, Kumpulan ini mempunyai kehadiran terkemuka di tujuh pasaran di bawah jenama Carousell, Carousell Media Group, Cho Tot, Laku6, LuxLexicon, Mudah.my, OneShift, REFASH dan Revo Financial, yang melayani berpuluh juta pengguna aktif bulanan. Carousell disokong oleh pelabur-pelabur teraju, termasuklah Telenor Group, Rakuten Ventures, Naver, STIC Investments, 500 Global dan Peak XV Partners (dahulunya dikenali sebagai Sequoia Capital India). Muat turun aplikasi untuk iOS atau Android, dan lawat http://www.carousell.com.my untuk maklumat lanjut.
press@carousell.com