Kuala Lumpur, 27 November 2024 — Carousell, a leading recommerce and classifieds platform in Southeast Asia, has released its first “Year-in-Secondhand” insights, spotlighting Malaysia as the regional leader in secondhand Men’s Fashion transactions. Carousell data trends also reveal how festive periods like Hari Raya and Chinese New Year drive seasonal surges in demand for secondhand furniture and fashion, showcasing Malaysia’s active participation in the circular economy.
Malaysia Tops the Region in Men’s Fashion
Men’s Fashion reigns as Carousell’s third top-transacted category for secondhand items across the region; with Malaysia driving almost 40% of regional transactions. Malaysians are increasingly turning to pre-loved fashion to balance affordability, sustainability, and style. Festive seasons further amplify demand for secondhand, including that for muslimah fashion, as users prepare to refresh their wardrobes for celebrations. Opting for secondhand clothes in Malaysia saved the equivalent of 1,250 tonnes of carbon emissions—a positive impact akin to washing over 5.7 million loads of laundry.
Malaysian sellers on Carousell earned an average of around RM2,800 this year from their secondhand sales. These figures underline Carousell’s role in empowering Malaysians to make extra cash from decluttering, making it both a win for the wallet and the planet.
Key Insights from Year-in-Secondhand in Malaysia
- Demand for old phones: Searches for iPhones and older models such as iPhone 11, 12 and 13 continues in top 15 keyword searches despite new releases. Besides selling these in-demand phones themselves on the platform, Malaysians can consider selling phones directly to Carousell for more convenience and instant cash.
- Nostalgic Tech: Digital cameras are trending as Malaysians embrace retro photography.
2000s digital cameras continue to trend, with searches for “digital camera” doubling in ranks from 51st place in 2023 to 17th in 2024 - Nighttime Activity: Malaysians are most active between 9 to 10pm, with peak activities taking place at night across selling, buying and searching
Carousell’s Role in the Circular Economy
“Our leadership in key markets provides deep insights into consumer behaviour and preferences, which allows us to create programs that drive sustainable shopping across the region. Festive seasons show how Malaysians use secondhand as a thoughtful way to prepare for celebrations, making choices that benefit their communities and the planet,” said Ms. Jingzhi Peh, Regional Head of Goods at Carousell.
To encourage more Malaysians to make secondhand their first choice, Carousell has been enhancing features to make secondhand transactions more trusted and convenient
- On-platform payments: Users can pay directly on Carousell using FPX online banking, GrabPay, credit cards and debit cards. Buy Now Pay Later options are available in selected programmes, such as Certified Mobiles.
- Carousell Official Delivery: Users can arrange for delivery directly on the platform via PosLaju and enjoy exclusive discounted delivery rates
- Sell to Carousell: Users can sell items like luxury bags and mobile phones directly to Carousell for cash, with consignment and trade-in options for selected items.
- Carousell Certified programme: Carousell Certified listings for mobile phones undergo thorough quality checks by authorised Certified Partners or the Carousell Official Store, and come with warranty and moneyback guarantee.
Visit carousell.my to discover the many ways to buy, sell, and give secondhand items a new life.
1 Data from Carousell activity from 1 Jan to 31 Oct 2024
2 Carbon impact data is calculated based on Carousell Group’s Circular Economy Impact report findings
3 Year-in-Secondhand 2024 insights focuses only on data from Hong Kong, Malaysia, the Philippines, Singapore and Taiwan
4 Excludes data from Autos and Property categories
Carousell 2024: Peningkatan Transaksi Barangan Terpakai di Malaysia, Terutamanya dalam Kategori Fesyen Lelaki, dan Musim Perayaan meningkatkan permintaan Perabot dan Fesyen
Penjual Malaysia memperoleh purata RM2,800 tahun ini daripada jualan barangan terpakai.
Kuala Lumpur, 26 November 2024 — Carousell, platform berbilang kategori terkemuka untuk barangan terpakai di Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan, telah mengeluarkan data dalam “Carousell 2024: Barangan Preloved, Cerita Malaysia”, yang menonjolkan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam transaksi Fesyen Lelaki terpakai. Data tersebut turut menunjukkan bagaimana musim perayaan, seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina mendorong lonjakan permintaan perabot dan fesyen terpakai. Ini mencerminkan komitmen dan penyertaan aktif Malaysia terhadap ekonomi kitaran.
Malaysia: Fesyen Lelaki Mendahului dengan Transaksi Tertinggi
Fesyen Lelaki adalah kategori tertinggi dalam transaksi barangan terpakai di Carousell Malaysia, menyumbang hampir 40% daripada transaksi keseluruhan. Rakyat Malaysia semakin beralih kepada fesyen pre-loved sebagai pilihan yang bijak untuk mengimbangi kemampuan, kelestarian, dan gaya. Musim perayaan turut meningkatkan permintaan untuk barangan terpakai, termasuk fesyen muslimah, kerana pengguna membuat persediaan untuk memperbaharui almari pakaian mereka menjelang sambutan Hari Raya. Memilih pakaian terpakai di Malaysia telah membantu menjimatkan karbon yang bersamaan dengan 1,250 tan pelepasan karbon—kesan positif yang sama seperti mencuci 5.7 juta beban pakaian.
Penjual di Malaysia memperoleh purata sekitar RM2,800 tahun ini daripada hasil jualan barangan terpakai mereka di Carousell. Ini menunjukkan peranan Carousell sebagai platform jual beli yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan tambahan sambil mengurangkan pembaziran, menjadikannya satu langkah yang menguntungkan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga untuk alam sekitar.
Wawasan Utama daripada Carousell 2024: Barangan Preloved, Cerita Malaysia
- Permintaan untuk Telefon Lama: Carian untuk iPhone dan model lama seperti iPhone 11, 12, dan 13 kekal dalam 15 kata kunci carian utama walaupun terdapat keluaran baharu. Selain menjual telefon yang diminati ini di platform, rakyat Malaysia juga boleh memilih untuk menjual telefon mereka terus kepada Carousell untuk kemudahan dan wang tunai segera.
- Imbauan Teknologi: Kamera digital semakin diminati apabila rakyat Malaysia meminati fotografi retro. Kamera digital 2000-an terus menjadi trend, dengan carian untuk “kamera digital” meningkat dua kali ganda dari kedudukan ke-51 pada 2023 kepada ke-17 pada 2024.
- Kesibukan Malam: Rakyat Malaysia paling aktif antara jam 9 hingga 10 malam, dengan aktiviti puncak berlaku pada waktu malam merentasi jualan, pembelian, dan carian.
Peranan Carousell dalam Ekonomi Kitaran
“Kepimpinan kami di pasaran utama menyediakan wawasan mendalam tentang tingkah laku dan keutamaan pengguna, yang membolehkan kami mencipta program yang mendorong pembelian barangan lestari di seluruh wilayah. Musim perayaan menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia menggunakan barangan terpakai sebagai cara bijak untuk membuat persediaan sambutan, membuat pilihan yang memberi manfaat kepada komuniti dan planet,” kata Jingzhi Peh, Ketua Barangan Serantau di Carousell.
Untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menjadikan barangan terpakai sebagai pilihan utama, Carousell telah mempertingkatkan ciri-ciri untuk memudahkan dan meningkatkan kepercayaan dalam transaksi:
- Pembayaran Dalam Platform: Pengguna boleh membayar terus di Carousell menggunakan perbankan dalam talian FPX, GrabPay, kad kredit, dan kad debit. Pilihan Beli Sekarang Bayar Kemudian tersedia dalam program terpilih seperti Certified Mobiles.
- Carousell Official Delivery: Pengguna boleh mengatur penghantaran terus di platform melalui PosLaju dan menikmati kadar penghantaran diskaun eksklusif.
- Sell to Carousell: Pengguna boleh menjual barangan seperti beg mewah dan telefon bimbit terus kepada Carousell untuk wang tunai, dengan pilihan konsainan dan trade-in untuk item tertentu.
- Program Certified Carousell: Senarai Certified untuk telefon bimbit menjalani pemeriksaan kualiti menyeluruh oleh Rakan Certified yang dibenarkan atau Kedai Rasmi Carousell, dan dilengkapi dengan jaminan dan jaminan wang dikembalikan.
Layari carousell.my untuk meneroka pelbagai cara membeli, menjual, dan memberi barangan terpakai kehidupan baharu.
Tentang Carousell
Carousell adalah platform pengiklanan dan perdagangan barang terpakai pelbagai kategori atas talian yang memudahkan penjualan dengan hanya mengambil gambar, dan pembelian semudah berbual. Carousell boleh didapati di Singapura, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, dan Taiwan. Pasaran Carousell mempunyai pelbagai produk dalam kategori yang berbeza, termasuk kereta, gaya hidup, gajet, dan aksesori fesyen.
Carousell adalah sebahagian daripada Kumpulan Carousell, platform berbilang kategori terkemuka untuk barangan terpakai di Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan yang mempunyai misi untuk menjadikan barangan terpakai sebagai pilihan utama. Diasaskan pada Ogos 2012 di Singapura, Kumpulan ini mempunyai kehadiran terkemuka di tujuh pasaran di bawah jenama Carousell, Carousell Media Group, Cho Tot, Laku6, LuxLexicon, Mudah.my, OneShift, REFASH dan Revo Financial, yang melayani berpuluh juta pengguna aktif bulanan. Carousell disokong oleh pelabur-pelabur teraju, termasuklah Telenor Group, Rakuten Ventures, Naver, STIC Investments, 500 Global dan Peak XV Partners (dahulunya dikenali sebagai Sequoia Capital India). Muat turun aplikasi untuk iOS atau Android, dan lawat http://www.carousell.com.my untuk maklumat lanjut.
press@carousell.com